Wednesday, April 10, 2013

Kesayangan :')

Dah ada baby baru. terubat sikit kesedihan lepas kehilangan Chokie & Blackie :')



Hi. nama kite Ice! 
Ice sempena mata dia yang sejuk membiru seperti ais kutub utara. hewww~

Ice ni dapat dari kak Marina Dawood. dia resque Ice dan tanya sesiapa yang berminat nak adopt. kebetulan ternampak la gambar dia naik dekat home. thanks to kak yah jugak! hehe. Hari Ahad 6.4.2013 Ice sampai dekat rumah. Dan bermulalah pengembaraan Ice dekat tempat baru dengan mummy baru. hee ^^


Nampak je macam innesenn. tapi............
 mummy je tau lasaknye macam mana. =__='


Kuat main... kuat makan.
makan nak ayam je. bagi biskut kucing memang die bolayan. mengadaaa. @__@


Jenis main landing sesedap rasa die je. katil mummy ke katil orang ke
asal die rase best. lelap!  naseb baik aunty2 die sporting.
thanks roomie!


Dah ada baby ni. kena jadi rajin lebih dari biasa. bangun pagi, kemas tempat dia, bagi makan, main dengan dia. haha. tapi tak kesahla. yang penting sejak Ice ada ni. life jadi ceria je. kalau tengah kusut2 serabut. tengok je mata biru dia tu. tengok je telatah dia. terus rasa macamBEST balik. haha.

Mummy sayang ice! muah!



P/S: Macam mana pun, tetap berharap agar Blackie balik rumah semula. Miss you Ackie :'(

Tuesday, February 19, 2013

Kita bukan Hakim.

Selalu.
Kita berlagak seolah-olah kita manusia paling sempurna dalam dunia.

Selalu.
Kita fikir orang lain teruk. Orang ini begini. Orang ini begitu.

Selalu.
Kita rasa orang di sekeliling kita bermasalah.

Selalu.
Kita hukum orang tanpa fikir panjang.

Tapi pernah tak sedetik kita duduk.
Kemudian perlahan-lahan tengok jari yang kita tuding pada orang lain itu.
Selebihnya mengarah pada kita semula?

Ya,
Kita yang tak sempurna

Kita yang sebenarnya teruk

Kita yang paling bermasalah

Kita yang patut dihukum. Mandatori.

Tapi bila bercakap tentang diri sendiri..
Kita selalu ada 'jalan keluar'

"Tak apalah, tak semua orang sempurna,"

"Tak apalah, aku akan berubah."

"Semua masalah ada penyelesaian."

"Aku ada sebab untuk apa yang aku buat. Orang lain tak pernah tahu"

Kita beri diri sendiri peluang. Dan ruang.

Dan mereka yang kita hukum tadi?

:')


Kita bukan hakim kawan.
Sama sekali bukan Tuhan.
Dan kita memang bukan siapa-siapa.

Melainkan manusia.
Hamba-Nya.
Yang sama-sama  mencari makna dalam hidup.

Betul salah,
Jahat baik,
Dosa pahala,

Selagi namanya hamba.
Kita semuanya ada.
Cukuplah Raqib dan Atid yang mencatat di kiri dan kanan.

Dan kita,
Mari sama-sama berpimpin tangan.
Koreksi diri.

 :)


Lila,
202131005. PJ