Tuesday, August 13, 2013

tentang aku~

dulu aku pernah gemuk.
gemuk yang kalau aku tunjuk gambar mesti korang akan jatuh rahang jugakla.
masa tu punyalah down.
mana tak. 
time remaja baru nak up. 
mesti la nak slim2 cecantik comey pastu ramai peminat.
dulu aku jugak selalu doa. 
nak kurus pipih melayang. nak buang pipi tembam semua tu.
masa berlalu. 
ya. allah makbul doa aku. 
nak kurus.
tapi masa tu rasa tak cukup lagi.
pipi still bam2.
aku doa lagi biar cengkung sket.
allah makbul jugak.
tapi semua tu datang dengan pakej.
pakej masa aku sakit.
keluar masuk hospital
hilang habis segala lemak2 degil dan tak degil.
tinggallah macam apa ada sekarang ni.

dan sekarang aku doa pula.
nak berisi balik.
nak gemuk sikit pun jadilah.

nampak tak manusia.

allah. 

terima kasih kerana mengilhamkan kesedaran ini pada aku.

cukup dah dengan apa yang ada ini.

kita sibuk nak kurus. nak gemuk.

ada orang tak ada tangan kaki.

hidup ini allah dah atur cantik2.
tak adanya kita dapat semua sempurna.

bersyukurlah.

sebelum dia tarik segala apa yg dia pinjamkan :')