Thursday, July 26, 2018

Comeback

Hujan turun agak lebat.
ok. memang lebat jugak sebenarnya.
sebab dia yang sedang duduk menunggu di hentian bas berbumbung separuh ni sudah hampir lencun dek terkena tempias hujan yang turun tanpa henti sejak tadi.
degil nak tunggu jugak kan?basah pun tak pe.

telefon bimbit dari poket baju kurung bergetar perlahan.

Sorry I ada hal. tak sempat nak jumpa you. tak payah tunggu k? 

Selepas tiga jam?

Selepas dia basah kuyup lencun mandi hujan gini?

Kfine.

Bangun dan jalan perlahan-lahan. It's okay. Dah biasa dah kan? Walaupun waktu tu air hujan yang turun membasahi muka tu sama bercampur dengan air mata yang turut sama lebat turunnya.

"Tak elok main hujan. Nanti demam."

Eh?

Belum sempat menoleh, shower hujan tadi berhenti sudah. berganti dengan sekaki payung biru yang elok berada di atas kepala.

"Jom, saya hantar balik."

"Macam mana tahu orang kat sini?"

"Heh. adalaaa.."

"Spy orang eh?"

"Ha la. cuba check ada camera dekat badan awak tu saya letak."

"Ieww. scary."

"Tunggu dia lagi?"

Diam. Hening.

                                                             

                                                                ***************

OMG. This is the last draf i found on my blog dashboard this morning. Betapa pantas masa berlalu, my last post on this blog is October 2013. And now, I'm here again. Nasib baik dapat recover password guna phone number. kalau tak, wassalam la. Sejak-sejak dah meningkat usia ni, rasa dah makin pelupa. Kena makan kismis banyak-banyak la. kahkah! I hope i can write again. Here. semoga Allah beri kelapangan masa dan kesempatan.


much love,
Lila.