Wednesday, June 19, 2019

On your mark

Semalam aku tak buat freewriting!! Mana taknya, dah macam zombie sampai sekolah je dah pukul 8.15 weyy tak pernah dibuat orang! Aku tidur je dah pukul 5 pagi gara-gara siapkan kek tempahan orang & masakkan potluck roomate mak laaa. Penyudahnya semalam balik sekolah mak bantai tidur, malam siap tidur awal lagi apa pun tak buat. Ntahla, macam tua benau badan ni. Tak boleh nak bawak melasak sangat macam dulu-dulu dah. Rabak!

Harini pergi sekolah aku masih rasa lemau dan blurr. Tapi aku akan cuba untuk lawan. Benda yang aku nak buat harini adalah susun jadual dan kerja-kerja aku. Aku tak mula apa lagi untuk menulis ni. Aku serius taknak jadi macam kebiasaannya. So, aku kena cepat. Tapi di samping tu, kerja hakiki ni banyak menanti ni oi. So, aku kena penat sikit la sekarang. Tu je jalannya, takde jalan lain.

Di masa akan datang, InsyaAllah jika diizinkan berjaya dalam dunia penulisan ni, benda pertama yang aku nak buat adalah cuti tanpa gaji dan work at home. Aku nak rasa pengalaman tu. Nak tengok, senang sangat ke, atau susahhh gila keee, macam mana. Macam aku pernah cerita sebelum ni, aku kan jenis yang tak boleh stay buat satu benda yang samaaaaaaa je lebih dari 3 tahun. So, aku betul-betul perlukan satu suasana kehidupan yang lain.

Apa pun, kita merancang, Allah menentukan segalanya. Tapi kita tetap perlu merancang dan cuba usahakan untuk berjaya kan?

Till then. Get set. Go!


Monday, June 17, 2019

Duit.

So, semalam aku cerita pasal masalah aku dengan time management kan? Task freewriting harini aku nak tulis fasal duit. Kenapa? Sebab tu adalah masalah UTAMA aku sebenarnya. Aku pun tak sedar sejak bila yang sebenarnya aku jadi sempit macamni, tapi makin lama aku rasa makin tersepit. Hutang banyak, nak beli benda-benda yang aku suka pun tak dapat, nak tolong family pun payah, apetah lagi nak tolong orang lain. Takk... tak.. aku takde beli kereta besar, takde pakai kad kredit sampai 4 keping, yang ada tu pun very minimum limit. Tapi, aku rasa aku jadi sempit macamni sebab pengurusan kewangan aku tak betul. Tau, bila aku realize benda ni? Semalam, masa main game.

Main game?

Yess..


Aku main game biasa je, tapi dalam tu ada la kita dapat kumpul syiling untuk guna bila kecemasan atau nanti nak lepaskan level yang susah-susah kan. Tapi, aku lak bebai, main gunaa je masa awal-awal level sebab aku nak cepat naik level, so sekarang bila dah naik level atas aku takde dah benda nak tolong aku bila aku terdesak nak lepas level. Ha, nampak? Terus aku terdiam jap dan termuhasabah diri.

Aku rasa aku memang macamtu in real life. Jenis langsung takde kesedaran nak simpan-simpan duit ni dari kecik lagi. Semua yang ada aku gunaaaaaa je. Kadang duit dah tinggal sikit pun aku boleh je guna untuk beli novel la, beli coklat la, minum Starbuck la.. memangla amount dia takde sampai boleh buat aku bankrupt. Tapi dalam keadaan kewangan di tahap hampir lemas ni, benda tu memang boleh buat ko tenggelam terus tanpa kau sedar.

Contoh, anak sakit.. tiba-tiba kena keluar duit. Tayar kete pecah ke, ha. Mana nak korek. Nehi, langsung aku takde simpanan kecemasan. Terpaksa guna kad kredit. Natijahnyaaa dah aku berhutang. Ha nampak?

Benda kecik je. Aku duk fikir punya fikir. Memang salah aku takde disiplin. Takde kesedaran. Rasa macam ermm boleh ni... cukup ni.. yang penting lepaskan selera tekak dulu. Lagi satu habit aku yang aku perasan aku ni jenis tak menyempat. Contoh eh, aku pergi MPH, minat nak baca novel ni. Boleh je tunggu sampai gaji nanti baru beli. Tapi, aku nakkkkkk beli jugak dengan alasan nak baca cepat so aku guna la duit yang tinggal sikit tu beli last last balik tersadai je novel tu tak habis baca pun atau kadang tak baca pun. Nampak? Tu salah satu contohla. Ada banyak lagi.

So, nampak tak Puan Saidatul. Masalah anda ini, semuanya berpunca dari diri anda sendiri dan kegagalan anda untuk mendisiplinkan hawa nafsu buas awak tuuuuu!

Haih, moga bila suatu hari nanti aku terbaca balik post ni aku dah berjaya la buang tabiat buruk ni.

Amiinn!

Sunday, June 16, 2019

Impian

Dah 2 hari aku tak buat freewriting, cuti Sabtu Ahad aku memang tak sentuh laptop hatta satu buku pun. Sebab? hahahahahahahahahahaha. Ye, aku tengah sibuk layan drama korea Her Private Life. Cerita ni aku dah tengok sikit haritu dekat tvN tapi aku stop sebab aku jenis tak boleh tunggu-tunggu episode ni so aku biar semua episode keluar dekat viu dan aku tengok sekali harung. Begitulah. Dan aku bila tengah layan drama yang aku suka, yang aku cairrr dengan pelakon dia. Dalam kes cerita ni both hero heroin aku SUKA GILA! hahahahahahahahaha. Sebab tu aku tak boleh selalu layan Kdrama ni. Sebab aku akan melekat dan berada di awang-awangan agak lama. Keje senyum sendiri tak tentu pasal dan berangan. Hadoihh. Payah tau, payah.

So, berbalik pada apa yang aku  nak tulis harini pasal impian? Masa drive dari rumah nak pergi hantar Saif dan pergi kerja tadi, benda ni melintas dalam fikiran aku. ye, harini aku lambat lagi untuk kesekian kalinya. Pukul 7.30 keluar rumah, nak hantar Saif lagi, pastu patah balik ke sekolah, printer pulak tertinggal pegi balik rumah penyudahnya 7.54 aku punch harini woi. Teruk la, aku tak tau macam mana nak buat . Aku banyak kali dah berazam nak bangun awal, konon bolehla menulis dulu sebelum pergi kerja, boleh siapkan sarapan untuk laki, then pergi kerja dengan tenang. Ni tak, almost everyday rushing wey.

Apa kena mengena yang aku merepek kat atas ni dengan impian aku?

Banyak kena mengenanya.

Sebab impian aku nak kerja sendiri. Aku nak jadi penulis yang boleh bekerja dari rumah, duduk mengarang cerita, tulis skrip drama ke, melukis.. dll. Aku suka sangat benda-benda macamtu. Takk takk bukan aku tak suka jadi cikgu atau benci kerjaya aku. Tapi aku ni jenis yang tak boleh tahan buat rutin atau benda yang sama je. Aku cepat bosan. Sebab tu aku suka pergi latih budak untuk pertandingan macam-macam, dan aku selalu tak kisah pun kalau guru besar tiba-tiba suruh aku ajar subjek yang aku tak pernah ajar. Aku serius tak kisah dan aku macam teruja sebab aku suka benda baru. Something that spark the mood . Bukan hari-hari ulang rutin yang sama masuk kelas ngajar keluar kelas, balik. Takkan macamtu je selama 30 tahun. Aku tak tau orang lain, tapi aku tak boleh.

Tapi masalah terbesar aku adalahhhhhh.

Masa.

Tak, bukan masa. Tapi PENGURUSAN masa. Yes. Itu yang paling tepat. Husband aku selalu cakap, aku ni banyak sangat benda nak buat. Adaaaa je. Dan aku tak fokus. Lompat kejap buat ni kejap buat tu, end up apa pun tak jadi. Jadi dalam keadaan macam ni, takkanlah tiba-tiba aku boleh nak berhenti kerja dan buat apa yang aku buat. Nak makan pasir ke hapa woi, tu loan ribu riban tu sapa nak bayar?
Sedangkan projek menulis yang sepatutnya aku dah boleh maju sejak 7 tahun lepas tu pun aku sampai sekarang tak betul-betul buat. Ko rasa, boleh nak berjaya? Nehi kabi nehiii

So, buat masa ni impian aku tu memang jauhhh lagi aku nampak nak jadi kenyataan selagi sikap aku macamni. Memang susah.

Plan aku?

Nak berubah, nak belajar susun kehidupan seharian aku elok-elok. Dan paling penting nak latih badan dan otak ni supaya tak malas. Beria susun pun tapi tak ikut tak ada gunanya jugak kan.

Aku kena banyak baca buku dan kena paksa diri.

Tu je.

Aku tau dah cara dia.

But again diri sendiri. Perang dengan diri sendiri je sebenarnya aku ni.

Dan aku je yang boleh settlekan.

Right?





Saja aku tulis kat sini, incase nanti aku berjaya ubah, benda mungkin akan jadi sesuatu yang berguna untuk aku baca balik suatu hari nanti.

Thursday, June 13, 2019

Memories.

Untuk task freewriting harini aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Tapi sebab aku kena tulis jugak, dan aku hanya perlu tulis apa sahaja yang terlintas dalam kepala. Maka, aku teringat semalam waktu ambil Saif balik dari rumah pengasuh, aku nampak budak-budak sekolah menengah balik dari sekolah. Ada yang jalan kaki, bawak motor, membonceng dengan kawan-kawan. Ada satu motor ni melintas sebelah kereta aku, dua orang budak lelaki, sambil tangan bawa air bungkus kat tangan tengah ketawa tentang apa entah dengan kawannya yang membonceng di belakang. Ada dua orang lagi budak tengah jalan kaki, sambil berbual dengan kawan, ala-ala macam serius nau, dua-dua insiden ni buat aku tersenyum sendiri. 

Kenapa aku senyum? 

Ya, sebab aku teringat yang aku juga pernah melalui fasa ini suatu ketika dulu. 

Kita semua pernah jadi anak-anak kecil yang bersekolah tadika, sekolah rendah dan kemudiannya kita masuk ke alam remaja, sekolah menengah. Waktu sekolah dulu, aku rasa aku asyik fikir bila nak besar, bila nak dewasa, bila aku nak bekerjaya, bila nak boleh bercinta dan kahwin. ieww kenapa lahh benda tu yang ada dalam otak aku waktu tu kan? 

Dan sekarang bila dah dewasa, dah kerja, kahwin, ada anak.. barulah nak cakap kat diri sendiri, 'bestnya jadi budak sekolah' . Halahhh, klise sangat kan. 

Tapi itulah, nak cakapnya. Kita memang takkan hargai apa yang kita ada 
selagi kita tak kehilangannya. 
Kan? 

:')

Wednesday, June 12, 2019

Things i should be grateful for.

Semalam entah macam mana, ditakdirkan kawan aku masa sekolah di MRSMKK dulu, Yazmir datang rumah. Yazmir @ Ayam (nama panggilan masa sekolah) ni pernah kemalangan 2018. Patah peha kiri, retak pergelangan tangan kanan, limpa kena remove, severe traumatic brain injury, koma sebulan, tak ingat apa-apa bila sedar. Dan yang buat kau lagi speechless adalah bila kau tahu yang dia dah pernah kemalangan sebelum tu lagi dan kehilangan kedua ibu bapa dia dalam kemalangan tu. 

Ya Allah, aku ni memang tak pernah rapat pun dengan Ayam ni waktu sekolah, kenal macamtu je sekadar batchmate. Tapi, lepas dia datang rumah semalam, tengok semangat dia sumpah sebak woi.  sedaya upaya nak jalan sendiri walau bertongkat, buka dan pakai kasut sendiri. Aku tak pasti kalau aku berada kat tempat dia adakah aku akan setabah itu atau aku dah K.O dulu sebab patah semangat, putus harapan. Aku doakan banyak-banyak semoga Yazmir Yusof ni terus tabah, kuat semangat dan diizinkan Allah untuk sembuh seperti sediakala.

Dalam banyak-banyak orang yang aku tak sangka akan sampai rumah aku semalam adalah dia. Entah macam mana kan? Tak ada sebab pun dia nak datang rumah aku, tapi Allah kirim dia melalui Zul, ejen takaful aku yang nak singgah rumah hantar hadiah untuk Saif. Dan kebetulan yang tersurat, dia datang dengan Ayam sebab Ayam pun klien dia dan dia tolong hantar Ayam ke hospital tengahari tu. See, macam mana Allah atur sebab nak bagi sesuatu kepada seorang Lila Vee ini. 

Lepas diorang balik semalam, banyak benda aku fikir. Aku tengok balik instagram Ayam, betapa kuatnya hati bini dia. Betapa cekalnya bagi semangat kat suami, dengan sabarnya, anak dua orang kecik lagi. Aku ni hidup normal je, terlalu banyak nikmat Allah bagi, hidup selesa, tapi tetap banyak kali mengeluh weyy. Terus aku rasa macam nak lempang diri sendiri. Serius. 

And this is a wake up call for me. :'(

Tuesday, June 11, 2019

Tulis.

#6


Dah banyak kali berazam nak menulis balik.. nak menulis lagi, tapi akhirnya tetap tak menulis. hari Ahad lepas ajak encik housemate duduk buat kerja dekat San Francisco Coffee Seremban Gateway. Mak oii, dari pukul 10.30 sampai 4.30 petang duduk situ menulis, siapkan kerja. Rasa best gila. Such a productive day for us. Hari itu jugak, buka semula blog setelah setahun buat post konon nak comeback. Rupanya sampai ke sudah tak ada tulis apa-apa langsung entry pun selain itu. I really should slap my own face. Memalukan sungguh.

Ya, ya I know, sejak bertahun dulu sampai sekarang semua orang cakap kau ni beruntung sebab ada bakat menulis, bla bla bla tapi itulah, kalau tuan empunya jari jemari ni tak bergerak, dok banyak buat benda lain, memang sampai bila la tak ada hasil kan. I realize my own mistake. Setiap kali berazam nak menulis, kenapa azam tu tinggal azam je? Sebab takde kesungguhan, suka duduk dalam comfort zone je, push factor tu bukan tak ada, tapi penyakit M tu dah merajai macam dadah rasanya. Haih.

April 2018 - BAK Published under BesQ (Tapi yang ni sebenarnya bukan menulis benda baru, just editing benda lama je.)

November 2018 - ADdS Published Under BukuLoncatan (Yang ni aku ambil masa 3 hari je untuk tulis, edit dan hantar ke penerbit sebab due date lama dah bagi tapi aku suka bertangguh dan buat kerja last minute, bila terbit ramai je orang suka baca tapi aku rasa tak puas sebab ada banyak lagi aku nak masukkan dan edit sebenarnya tapi itulah, tak sempat sebab salah aku sendiri)

Mac 2019 - ADdS 2 Published Under KatanaBooks a.k.a Projek BukuLoncatan ( Yang ni lagi tragik, aku tulis dalam masa sehari je to be honest. Esoknya edit dan hantar. Pun sama kejadian macam di atas)

Nampak tak, ye aku tau aku bukannya tak boleh menulis, tapi aku sendiri yang selalu kalah dengan tilam, bantal, cepat disctract nak buat benda lain. Contohnya, aku tetiba tertengok orang doodle kat insta, terus aku rasa gian nak mendoodle. Lepastu adik aku pulak cakap ada KDrama baru yang best, dahhh aku pegi tengok lepastu obses dan berminggu-minggu dok layan Korea. Dan masa lapang aku habis gitu je. 

Dekat sekolah pulak, aku memang selalunya busy sebab aku suka buat macam-macam benda yang orang lain tak hingin nak buat, tapi aku sebenarnya dan sepatutnya buat kerja aku jeee (dahla keje GPM ni banyak) takyah sibuk benda lain maka aku akan lebih aman dan teratur. Ini tak, buat macam-macam sampai aku exhausted nak mampos balik sekolah macam obor-obor tersadai kering kat tepi pantai tu, lepastu orang buat segala usaha aku macam sampah je. Kfine.

Alamak, aku dah lebih timing menulis. Ok kena stop. Aku actually tengah training freewriting. Jam aku dah tenet tenet berbunyi. Disiplin, disiplin! 

Bye!