Sunday, October 6, 2013

cermin

sedang di hospital menunggu giliran jumpa doktor.
datang sorang ayah dan anaknya.

si ayah dalam usia pertengahan mungkin,
bertongkat.
si anak dalam belasan tahun.

sejak mula dia duduk di sebelah aku tadi,
tidak dapat tidak telinga ini mendengar bual bicara si ayah.

bercerita pada anaknya tentang waktu kecil,
cerita tentang masa depan,
kemudian sekejap2 dia bertanya,

"lapar tak?"
"nak minum tak?"

bilamana anaknya diam dan menggeleng tak mahu dia sambung cerita lagi,
aku rasa ceritanya lebih pada mahu mengisi masa kosong, 
agar kurang rasa sakit si anak,
agar tidak rasa terlalu lama menunggu giliran.

dan sekejap kemudian dia bertanya lagi.

" lama lagi ni, abah naik carikan kopi ke teh nak?"
"nak kuih? sambil tunggu boleh minum2. nanti tak lapar."

dan dia bangun.
ke kedai mungkin.

aku jarakkan sedikit tempat duduk.
keluarkan tisu.

sungguh.

drama ini buat aku nampak abah.
kasihnya,
prihatinnya,
sayangnya.

Allah,
tak terbalas walau dengan segunung intan.

dan aku percaya,
sang hero,
idola dan lelaki hebat ini,
ada dalam hidup setiap kita.

abah. I LOVE YOU :)